Loading

Sabtu, 23 Julai 2011

Hari Sukan SMK Wira Jaya 2011


Pada 23 Jun 2011, Temasya Sukan SMK Wira Jaya telah dijalankan dengan jayanya dari pukul 2.00 hingga 6.30 petang. Temasya sukan tahunan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran atlet-atlet jemputan dari sekolah-sekolah berhampiran, guru-guru pengiring dan ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang telah mempersembahkan demonstrasi silat untuk mengisi waktu rehat pada hari tersebut.


Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan temasya sukan kali ini. Majulah sukan untuk negara!