Loading

Sejarah Sekolah


SMK Wira Jaya (SMKWJ) terletak 10 km dari pusat Bandaraya Ipoh. Penubuhan sekolah SMKWJ adalah sejajar dengan peningkatan bilangan murid di kawasan perumahan ini. Sekolah-sekolah berhampiran seperti SMK Gunung Rapat, SMK Seri Ampang dan SMK Raja Chulan tidak lagi dapat menampung peningkatan tersebut. Terletak di mukim Hulu Kinta dengan keluasan tanah 20 ekar.

Jun 2002 SMKWJ mula beroperasi dengan pengambilan seramai 840 orang murid, 36 orang-guru dan 6 orang staf sokongan. Pengambilan ini tidak melibatkan murid-murid tingkatan 3 dan 5. Murid-murid SMKWJ terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India serta kaum asli.

Pengetua yang pertama iaitu Tuan Haji Zakaria b Perngis (2002-2005) diikuti Encik Amran b Ramly (2005-2008) dan Pn Hjh Sa'adiah bt Alang Abdullah (2008-2010) serta Puan Hajah Hamidiah binti Mohd Ibrahim(Feb 2010-Mac 2011) dan Pengetua Terbaru SMK Wira Jaya ialah En. Hasni bin Hasshim (April 2011 hingga kini).

SMK Wira Jaya telah melakar sejarah apabila telah berjaya mendapat Anugerah Lompatan Saujana untuk PMR dan SPM pada tahun 2010 kerana peningkatan pencapaian akademik dalam PMR dan SPM.