Loading

Selasa, 20 Mac 2012

Ujian IQ Permata Pintar Online


Makluman kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga 3 dan warga kerja SMK Wira Jaya yang mempunyai anak berumur 8-15 tahun, sila layari http://www.permatapintar.edu.my/ dan click pada http://ukm1.permatapintar.edu.my/.


Pautan berikut akan membawa pengguna kepada ujian IQ secara online, jika layak pihak UKM akan menyediakan program untuk yang terpilih sewaktu cuti panjang pada bulan Nov dan Disember kelak. Pengguna perlu menjawab semua soalan, namun jika berhajat menjawab hanya separuh soalan dalam masa sehari, maka pengguna boleh untuk meneruskannya pada keesokan hari. Ujian ini akan ditutup pada 30 April 2012.

Semoga pelajar dan yang lainnya akan mengambil peluang dan seterusnya dapat mengisi masa sepanjang cuti penggal persekolahan yang bermula 10 Mac hingga 18 Mac ini. Moga kejayaan berpihak kepada anda. Semoga berjaya.

Pertandingan ICT Duniaku 2012


Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Perak. Pelajar dikehendaki untuk bekerja dalam kumpulan (2-5 orang) untuk menyertai pertandingan ini.

Semua info berkenaan pertandingan yang dianjurkan oleh KPerak ini boleh didapati di http://www.afterschool.my/ictduniaku/  Terdapat pautan untuk terma dan syarat serta borang penyertaan di web tersebut.  Semoga semua pelajar akan merebut peluang ini untuk mengisi masa sepanjang cuti ini.  Semoga berjaya

Rabu, 5 Oktober 2011

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah Di Universiti Oxford


Sekarang ni sedang musim AF. Satu program yang mengajak anak-anak muda Malaysia untuk mengetengahkan bakat untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur dalam dunia hiburan. Tetapi mereka semua tidak boleh dibanggakan kerana belum terbukti mereka mampu mengharumkan nama negara di seluruh dunia. Namun, bebeza dengan seorang ni. Namanya Dr. Muhammad Afifi al-Akiti dan dia adalah anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti terkemuka dunia, iaitu Oxford.