Loading

Piagam Perlanggan

Kami, warga SMK Wira Jaya, Ipoh, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
  1. Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang sama dan adil untuk mendapat pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  2. Berusaha melaksakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan bagi meningkatkan pencapaian dan kecermelangan pelajar dalam bidang kurikulum.
  3. Menerapkan nilai-nilai murni, keperibadian dan melatih pelajar- pelajar supaya percaya dan patuh kepada Tuhan.
  4. Memberi khidmat bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada pelajar- pelajar yang bermasalah dengan penuh empati dan simpati.
  5. Sentiasa memberi peluang dan galakan kepada pelajar- pelajar untuk mencukil dan megembangkan bakat serta potensi mereka.
  6. Memberikan layanan yang cepat dan mesra kepada ibu bapa, penjaga dan masyarakat.
  7. Memberi peluang dan sokongan kepada guru-guru dan staf sokongan untuk meningkatkan tahap profesionalisme.
  8. Sentiasa peka dan responsif terhadap kerperluan, pandangan dan syor-syor pelajar-pelajar, guru-guru dan staf sokongan serta masyarakat setempat.
  9. Memberi kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan pihak swasta yang memerlukannya.
  10. Mewujudkan suasana yang ceria dan kondusif melalui kemudahan fizikal yang mencukupi, selamat dan selesa untuk pembelajaran pelajar- pelajar.
  11. Memastikan hal-hal berkaitan perkhidmatan dan kebajikan pelajar-pelajar, guru-guru dan staf sokongan sentiasa diberikan perhatian dan diambil tindakan serta-merta.