Pautan berikut akan membawa pengguna kepada ujian IQ secara online, jika layak pihak UKM akan menyediakan program untuk yang terpilih sewaktu cuti panjang pada bulan Nov dan Disember kelak. Pengguna perlu menjawab semua soalan, namun jika berhajat menjawab hanya separuh soalan dalam masa sehari, maka pengguna boleh untuk meneruskannya pada keesokan hari. Ujian ini akan ditutup pada 30 April 2012.
Semoga pelajar dan yang lainnya akan mengambil peluang dan seterusnya dapat mengisi masa sepanjang cuti penggal persekolahan yang bermula 10 Mac hingga 18 Mac ini. Moga kejayaan berpihak kepada anda. Semoga berjaya.